School of Malay Traditional Medicine

View programmes

Fakulti Perubatan Tradisional Melayu (School of Malay Traditional Medicine – SMTM) yang bertujuan menyedia dan menawarkan pembelajaran dan penyelidikan serta kajian yang bersistematik dan diiktiraf dalam bidang amalan Perubatan Tradisional Melayu.

Ianya akan merupakan Fakulti Perubatan Tradisional Melayu yang terulung dalam sejarah tanahair malah di dunia yang pernah diujudkan dalam institusi pengajian tinggi bagi menawarkan pengajian dalam bidang perubatan warisan nenek moyang secara professional.

Kewujudan fakulti ini juga secara langsung akan menjadi platform bagi mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara dalam bidang penjagaan kesihatan dan perubatan cara kita untuk ditonjolkan ke pesada dunia.

Dean's Message

Mohd Adzhar Bin Abd Latif
Dean of SMTM

Pengamal Perubatan Tradisional Melayu wajib dimartabatkan ke tahap yang profesional dengan mendapat pendidikan yang diiktiraf dan professional dari peringkat sijil, Diploma, Ijazah, dan seterusnya kedoktoran untuk berada dalam pasaran domestik dan seterusnya ke peringkat global.

Fakulti Perubatan Tradisional Melayu (School of Malay Traditional Medicine – SMTM), Kolej Universiti Genovasi memiliki kandungan dan perbahanan ilmu amalan Perubatan Tradisional Melayu yang benar-benar tulen, lengkap dan mendalam akan memacu dan menerajui pengajian bidang ini.

Misi utama kami adalah untuk memartabatkan amalan Perubatan Tradisional Melayu mengikut falsafah dan acuan tersendiri melalui perubatan berdasarkan pembuktian (Evidence-Based Medicine – EBM) yang akan dibangunkan melalui latihan, pendidikan dan penyelidikan serta kajian secara berterusan bagi menawarkan perkhidmatan kesihatan yang selamat, efektif, berinovasi, dan kompetatif.

Kepentingan ini merupakan tanggungjawab dan usaha bagi mengangkat maruah bangsa dan memartabat amalan nenek moyang (empirical knowledge) kepada amalan perubatan berasaskan pembuktian (EBM) untuk dikecapi dan diwarisi oleh generasi yang akan datang serta seterusnya ditampilkan ke seantero dunia.

Highlights

Providing systematic Teaching and Research
SMTM is committed in transforming Malay traditional medicine practise into a more standardize and systematic approach
Pioneer in Malay Traditional Medicine
We are the pioneer in Malay traditional Medicine in Malaysia and the whole world.
Advocating Malay Culture and Tradition
Our Aim is to showcase to the whole world on ancient Malay Traditional Practice and unravel the mystery on its benefits

GUC voices

"Perubatan Melayu atau Perubatan Tradisional Melayu merupakan keseluruhan ilmu, kemahiran dan amalan berdasarkan teori, kepercayaan dan pengamalan secara tradisi (warisan nenek moyang) samaada boleh dibuktikan atau sebaliknya. Pendekatannya adalah secara holistik yang meliputi Jasad, Minda dan Roh (Mind, Body & Soul) berkonsepkan 3 kategori cabang amalan iaitu Manipulatif, Biokimia dan Kerohanian bagi menjaga dan mengembali serta mengekalkan sihat."

Mohd Adzhar Bin Abd Latif

programmes